Profil

BinaWebsite.my merupakan sebuah lagi projek yang dikelolakan oleh syarikat JuanJutawan Innotech yang dikhususkan untuk membantu anda dan para usahawan lain dengan menawarkan servis membina laman web atau website dengan harga mampu milik.

Demi merealisasikannya, BinaWebsite.my telah membangunkan sebuah pasukan yang berkemahiran dalam proses membina laman web. Ia bertujuan untuk membantu para usahawan yang berminat untuk membawa perniagaan mereka ke medium-medium online. Pasukan kami akan membantu membina website perniagaan anda. 

Jadi, sebagai seorang usahawan anda boleh terus fokus untuk meningkatkan lagi mutu produk atau servis yang anda tawarkan kepada pelanggan anda. Anda tidak perlu lagi runsing untuk belajar membina website sendiri. Biarkan pasukan kami yang lebih berpengalaman membinanya untuk perniagaan anda.

Melalui cara ini, perniagaan anda dapat memberikan daya saing yang lebih baik untuk perniagaan yang akan atau yang telah dijalankan.

Sehubungan dengan itu, pihak JuanJutawan Innotech melalui laman web BinaWebsite.my telah menyahut seruan kerajaan dengan memberikan servis membina website pasang siap ini sebagai inisiatif bagi merancakkan lagi industri perniagaan online negara.

LogoBinaWebsite.png